Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘MiX uP..!!’ Category

Ketika kami dalam perjalanan menuju ke Temerloh dari Kuantan, kami berdepan dengan satu peristiwa yang benar-benar menyayat hati. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya…

Photobucket

Si Ibu tidak mahu meninggalkan anaknya yang telah dilanggar kereta (bukan kereta kami) dan dia tetap berada di sisi anaknya yang telah mati di tengah-tengah jalan. Sewaktu kami sampai di tempat kejadian, seorang penduduk di kampung berkenaan telah membawa Si Ibu dan Si Anak itu ke tepi jalan. Walaupun kedua-duanya telah dipindahkan, Si Ibu masih tetap bersama-sama anaknya, tanpa menghiraukan orang ramai yang berada di sekeliling kawasan itu. Si Ibu nampak begitu sedih dan terus menatap Si Anak, sambil menguis-nguiskan kakinya pada Si Anak dengan harapan agar Si Anak akan sedar kembali. Air liur Si Ibu terus mencucuran. Adakah itu tanda kesedihan yang teramat sangat bagi seekor haiwan? Sengaja saya tidak mahu menyebut nama haiwan ini kerana tiba-tiba timbul perasaan malu untuk menyebut nama itu kerana makhluk ini saya rasa lebih tahu erti kasih sayang berbanding dengan sebahagian daripada makhluk yang diberikan Allah akal dan perasaan, tetapi gagal menghayatinya. Wallahualam.

Advertisements

Read Full Post »

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya…. hahahahahahahahaha…….

Read Full Post »

Vodpod videos no longer available.

Read Full Post »

Vodpod videos no longer available.

Read Full Post »